LGBT : SATU PENYAKIT, BUKAN HAK ASASI !
- Exco Informasi dan Penerbitan
- Feb 13, 2018
- 2 min read

1. LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) semakin menjadi-jadi mutakhir ini di Malaysia dengan kelantangan dan keberanian mereka bersuara dan menuntut hak mereka untuk diiktiraf masyarakat.
2. Ianya bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam yang menolak golongan-golongan LGBT ini.
3. Peringkat awal permulaan kewujudan LGBT ini dapat dikesan sekitar tahun 1980-an sehingga ke hari ini. Gejala dan kegiatan LGBT semakin meningkat terutama dalam golongan belia dan remaja di peringkat sekolah mahupun di UA.
4. Menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk mencegah dan membendung gejala ini daripada terus merebak dan menjadi satu barah dalam kalangan mahasiswa khususnya .
Hadis dari Abu Hurairah (r.a) berkata :
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki"
dan dalam kisah kaum Nabi Luth juga ada mengisahkan, baginda mengatakan kepada kaumnya :
"Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini ? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas"
5. Golongan ini memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan dan pembentukan diri remaja khususnya.
6. Kepimpinan Kelab PERKIM UUM memandang perkara ini dengan begitu serius dan menyeru kepada mahasiswa/I UUM khususnya untuk menjauhi dan tidak terjebak dalam gejala negative yang dilaknat oleh Allah SWT iaitu LGBT !
7. Satu pendekatan dan tindakan oleh pihak yang berkuasa harus dilakukan untuk membendung dan memberi kesedaran tentang fitrah manusia yang sebenar yang dicipta oleh Allah SWT.
8. Sekiranya golongan ini dibiarkan hanyut tanpa apa-apa tindakan, apakah nasib generasi akan datang dan apakah akan lahir golongan yang akan melakukan perubahan ke arah generasi cemerlang dan Negara terbilang yang akan menaikkan martabat bangsa dan Negara di tahap yang tertinggi.
9. Kami di barisan kepimpinan Kelab PERKIM sebagai mahasiswa mengecam sekeras-kerasnya kewujudan gerakan dan perjuangan LGBT yang bertentengan dengan ajaran Islam. Sekali lagi ditegaskan, LGBT itu penyakit, bukan hak asasi !
"Maka tatkala datang azab kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu yang diatas ke bawah (kami balikkan), dan kami hujani mereka dengan batu dari Tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi , yang diberi tanda oleh Rabbmu. Dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"
- Surah Hud : Ayat 82-83 -
Seruan menjauhi perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT khususnya buat mahasiswa/I UUM daripada terjebak dengan gejala-gejala negative. Sama-sama berganding bahu mencegah dan membendung perkara ini daripada terus menular dalam mahasiswa/i. Gunakan akal yang diberi oleh Allah SWT untuk berfikir perkara yang baik dan mendatangkan faedah dan perkara yang buruk yang merosakkan diri.
MALAYSIA BEBAS LGBT
Comments